37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi. 1.
Ramai juga dikalangan sahabat bertanya sekiranya ada contoh-contoh rancangan perniagaan yang boleh dikongsi bersama. Ini adalah salah satu contoh rancagan perniagaan yang saya dapat dari internet. Boleh untuk kita jadikan panduan.
PENDAHULUAN Cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh masyarakat di Malaysia, khususnya masyarakat Islam dalam menghadapi masaalah sosioekonomi yang timbul daripada pergolakan politik perdagangan serantau menunjukkan pentingnya bidang perniagaan dalam melahirkan golongan usahawan Islam yang tulen dan mampu berdaya saing. Selaras dengan tuntutan junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan disegani oleh sekelian kaum. Menyeru umatnya mencari 9/10 daripada sumber rezeki di dunia ini yang datangnya daripada sumber perniagaan, maka marilah kita sama-sama mengambil inisiatif untuk menyahut seruan dan menceburkan diri di dalam dunia perniagaan bagi melaksanakan tuntutan agama, bangsa & negara. Berdasarkan minat serta penelitian yang tinggi, maka pihak Koperasi Qaryah Masjid Jamek Kubang Semang Berhad dengan sebulat suara bercadang untuk menubuhkan Kedai Koperasi yang beroperasi sebagai pusat perniagaan peruncitan,pemborong, perkhidmatan dan barangan pengguna di sebuah tapak premis seluas 1848 kaki persegi (66’ X 28’) di belakang tapak masjid Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kedai Koperasi ini akan dilengkapi dengan segala teknologi moden dan terkini seperti POS Sistem (Point Of Sale), Inventori, Wireless Internet, Sistem Pengawsan Kamera CCTV dan lain-lain kemudahan dan peralatan terkini bagi memudahkan pengendalian operasi perniagaan. PENGENALAN Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak RM489,000 bagi rancangan perniagaan Kedai Koperasi Masjid Kubang Semang. Di atas tapak premis seluas 1848 kaki persegi (66’ X 28’) di belakang masjid Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Projek dan lokasi ini dipilih kerana: a) Faktor persaingan yang kecil dimana bilangan pekedai adalah kecil & banyak tertumpu kepada pekan dan pusat bandar sahaja. B) Lokasi dan prasarana yang startegik, unik dan berpotensi untuk pembangunan masyarakat setempat di masa depan. C) Kehadiran penduduk yang tinggi ketika kegiatan/program di masjid. D) Tempat letak kereta yang luas & mencukupi dalam sesuatu masa. E) Terletak di jalan alternatif utama daripada highway Seberang Jaya & Kulim.
![Kerja Kerja](/uploads/1/2/5/3/125390705/227570605.jpg)
Ramai juga dikalangan sahabat bertanya sekiranya ada contoh-contoh rancangan perniagaan yang boleh dikongsi bersama. Ini adalah salah satu contoh rancagan perniagaan yang saya dapat dari internet. Boleh untuk kita jadikan panduan. Semoga Bermaafaat RANCANGAN PERNIAGAAN RINGKASAN PENILAIAN PROJEK (Diisi dan dilengkapkan oleh pemohon) A. Maklumat Am Pemohon. Nama Syarikat/Firma: NONAMA BEAUTY CENTRE (Firma milik tunggal) 2.
![Tujuan Tujuan](http://myagri.com.my/wp-content/uploads/2017/01/Screen-Shot-2017-01-02-at-21.06.56.png)
123, Jalan Bersatu 123, Taman Bersatu 48000 Rawang 3. Tarikh dan No. Pendaftaran: 25 Julai 207 - T 4. Tarikh Beroperasi: 25 Ogos 2001 (Jangkaan) 5.
Modal Sumbangan: RM43,600 Nama pemilik Jumlah modal dimiliki (RM) Sediada Baru Jumlah Nonama bt. 123, Jalan Pandan Indah, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur RM43,600 RM43,600 6. Jenis Perniagaan: Salon kecantikan Aktiviti: Perkhidmatan kecantikan dan rawatan kesihatan. Milikan Modal: 100% Bumiputera 8. Pemilik: Bil Nama/Alamat/K.P Umur Jawatan dalam firma ini% modal dimiliki 1. 123, Jalan Pandan Indah, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur K.P: 123456789 33 Thn Pengurus 100% Jumlah 100% B. PERIHAL PROJEK 1.
Aspek Teknikal a) Lokasi Projek Buat masa ini, perniagaan dijalankan di rumah pemilik sahaja iaitu di Pandan Jaya, Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, pemilik akan memulakan perniagaan di premis yang baru disewa di Taman Bersatu, Rawang setelah selesai proses ubahsuaian yang sedang dijalankan masa ini sejajar dengan usaha pemilik untuk memperkembang dan memperbesarkan perniagaan yang pada mulanya dijalankan secara kecil-kecilan. Butir-butir premis baru, kadar sewa dan pemilikannya adalah seperti berikut:- Alamat Nama Pemilik Bangunan Kadar Sewaan (Sebulan) Tempoh Sewaan No. 123, Jalan Bersatu 123, Taman Bersatu, 48000 Rawang Christie Enterprise Sdn.
RM3,200 3 tahun Keluasan premis adalah 1400 kaki persegi. Keluasan ini sedah mencukupi untuk menempatkan semua peralatan serta dapat memberikan keselesaan. Susun atur peralatan adalah seperti langkaran pelan lantai yang dilampirkan. Rupa bentuk fizikal premis adalah seperti gambar-gambar yang dilampirkan. Sehingga masa ini, pemilik telah mengeluarkan wang sebanyak RM 9,600 sebagai bayaran 3 bulan deposit sewa dan perjanjian sewa telah pun disempurnakan.
Premis perniagaan yang berada di kawasan perniagaan Taman Bersatu ini dianggap strategik kerana lokasinya menjadi tumpuan ramai pada setiap hari. B) Mesin/Peralatan/Kelengkapan Penting Sediada Walaupun pengusaha telah pun memulakan perniagaan secara kecilan dirumah beliau, namun beberapa peralatan sediada tidak akan dibawa ke tempat baru kerana kurang sesuai.